cerita masa dulu..

July 1, 2009

MUKA SURAT 1

Aku dilahirkan didalam golongan anak yang sedarhana sahaja.Masa zaman nie ler buatkan aku rasa nak balik semulalah.Aku tak payah pikir susu anak,duit belanja rumah,bil air,bil api...semua benda tak yah pikir,yang aku tahu..makan, main, tidur.

Hobi aku masa kecik adalah suka pelihara ikan pelaga,habis seluruh baruh kat kampung aku terokainya.Sampaikan betis dulu penuh stiker merch.Aktiviti harian aku,setiap pagi lepas subuh pergi berebut tempat nak mengaji Quraan,kalau dapat awal maka cepatlah aku balik umah,yang aku geram tu ade budak dah tanda awal ,dia datang masa orang tengah sembahyang subuh tu,Kalau datang awal aku mesti letak rahal dulu untuk aku yang pertama.Kalau aku rajin aku tolong buking pada member atau kroni geng ikan pelaga aku.Senang jea lepas ngaji terus jumpa kat port biasa.Pok Di,Adi,Mamat,Keri(arwah) dan 2 orang kuli aku.lupa nama lak.Sebelum tunggu Tok ayah ngajar ngaji tu kitaorang bincang dulu pasal port-port baru kitaorang.Pok Di lah ejen penyiasat kami dan dia tahu latar belakang baruh yang hampir kering.Cantik !!! dapat port baru hari nie.Tok Lukut.Ha..ha..haa..seperti biasa tugas kuli beli aiskrim 5 batang dan mamee 3 bungkus buat bekal.Senjata asas lak parang dengan lastik.Dah habis ngaji,,jumpa kat port biasa.

Dah sampai tempat tu,fuhhh baca doa dulu takut terpatuk dek tedung selar.Maka carilah buih ikan pelaga ini.Dapat jea taruk dalam tempurung dulu untuk diuji keberaniannya.Ini macam AF jugak.kalau dapat kita test lawan dulu.kalah campak balik kat baruh.Hanya johan dan naib johan sahaja kitaorang ambik untuk dibawa ke saringan akhir berlawan dengan johan menunggu kat umah tu.Dah tengahari sikit.lepak dulu pekena mamee dan ais krim.kalau kutipan derma dari ahli memberansangkan dapat lah merasa air oren kelate.(yang botol hitam tu,sama ngan botol budu)Kalau tak ade bajet.Ini lah dosaku yang belum terampun kerana mencuri kelapa Pok Kok.Tapi dia dah pesan pada cucu dia,kalau nak curi kelapa boleh tapi kulit jangan buang merata-rata dah la.Bukan kelapa saje..malah buah mempelam dan banyak lagi buah-buahan kat kebun tu aku bedalnya.Kalau anak atau cucu dia baca nie maafkan aku yea sebab ambil buah kelapa atok kau dulu.

bersambung..........
_________________

Sambungan 2

Dulu masa kecik ada tiga benda yang best...raya...buka sekolah dan tutup sekolah..Kalau pasal raya nie semua orang suka.termasuklah aku nie.Seminggu sebelum raya kitaorang adikberadik penuh datsun buah ulu mejar diangkut ke pasar malam.Shopping sakan la konon.Kalau ade budak kat kampung beli baju raya kat KB tuh alamat masa raya tak buanglah tanda harga dan logo BERSATU (sekarang THE STORE).Jalan pun pilih kawan..ni geng pasar malam ,nie geng KB.ni geng kemboja.itu lah gaya masa dulu.Kalau dapat baju nike siam buat raya..fuhhh jalan tak jejak bumi la.Tapi bagi aku seluar cap ikan duyong dan baju stiker anak itik pun jadi ler..Yang penting target raya nie..malam sebelum raya ajak geng kumpul kat tepi surau dulu,buat plan lokasi sasaran rumah untuk beraya esok.Dah plan cantik punya dan siap kira-kira lagi..esok raya....dulu budak2 tak pergi sembahyang raya..orang tua marah sebab tak cukup ruang..jadi lepaklah tepi surau tu.Dah habis sembahyang,,okey..start the mission.Geng aku 4 orang jea,,team pasar malam.ramai yang nak masuk group aku,,tapi sorry..pendaftaran dibuka hanya 5 saat jea..yang penting kroni.Kalau dah cukup team,mesti buka team baru lak.Ada satu ketika mission faile..dah plan baik punya umah nie...Ejen A check line dulu..ok..line clear..maka dapatlah masuk umah nie..lega rasa hati sebab kitaorang yang pertama datang.sambil minum dan makan kuih..dalam kepala...mesti seringgitkan kalau datang berempat nie..senyum simpul tuan rumah kerana dipuji oleh ejen B pasal banyak kad raya digantung pada dinding ruang tamu..sebelum datang kerumah mangsa,,kitaorang mesti buat rancangan awal dulu,,sapa ejen spy,sape ejen bodek,,sape ejen salam.sape ejen bukak cerita..semua mesti memainkan peranan masing-masing.Sambil lepak tunggu duit raya...dah.. bala datang...."""assalamualaikum"""""""terkejut beruk kitaorang..kenape Team B dan team C datang jugak nie...hampeh sungguh,,,,masuklah nak,,pelawa tuan rumah..ramai benor datang nie,,kalau mcm nie...dapat 20sen sorang jea nie yea..dalam hati aku...kurang asam korang#@$%##@...menyampah seranah aku...hancur ku punya program..

Sambungan 4

Yang paling best gak masa kanak-kanak
dulu ialah bila time banjir….Time tu bila dah cuti sekolah antara
bulan 10 hingga 12..wow..best..dapat main banjir..Bila dah seminggu 
hujan maka dah set minda nie..pasti minggu depan banjir..Rumah kalam
tepi sungai..dah tak jauh gak dekat muara sungai…Okey pepagi
tu…ajak geng kaki baruh..lepas ngaji jea..buka plan oreitasi banjir
lak..amenda program dia.haaaa..tunnguuuu..Kali nie terpaksa kena cari
kuli ramai sket..sebab projek mega punya nie..Leh katakana dua hari
gak nak siap projek nie..Tapi yang bestnya tak yah minta surat
sokongan dari penghulu atau penggawa apatah lagi surat kawal selia
dari pihak puspakom serta roadtax dari JPJ....Ini baik punya
projek..nak tahu..nie dia…””Rakit batang pisang””
he..he..mungkin korang tak sempat main la..kalau duk bandar..mane
jumpe benda-benda kreatif nie..

Okey dah set kuli 3 orang jea yang
menurut perintah yang lain hampeh…tak dapat surat kebenaran dan
kelulusan dari Pihak penjaga atau wakilnya,Nevermind lah…rasa dah
cukup untuk kerjakan semaksima mungkin tenaga kuli nie..gaji cam
biasa jea..dapat syer Maggie ngan air sarsi kelate..he..he,,tu pun
rasa dah lemak diaorang..sebab yang utama diorang dapat ialah
“”Raspek”” tu yang mahal tuh..Kalau sesiapa dapat masuk geng
baruh nie kira bertuah lah..Bukan senang beb..wa cakap lu..kena test 
aras yang tinggi tu,,baru boleh join geng kitaorang..Peraturan yang
utama ialah jangan lawan arahan ketua..yang kedua..selalu aktif dalam
aktiviti yang sihat kitaorang..dulu geng kitaorang mane ade yang
jenis kutu lepak atau GHR..(geng hisap rokok)..semua geng yang
dipilih telah ditapis kualiti akhlaknya..Walaupun nama geng
baruh..tapi dalam kelas kita orang tetap rangking top 5 la…main-main
gak..pelajaran tak lupa nyer,,,sebab tu office kitaorang bekerja hari
Sabtu jea..10.00 am hingga 4.00pm.untuk minggu persekolahan dan
dibuka sepenuhnya apabila cuti penggal dan cuti-cuti am.ini telah
termaktub dalam peraturan geng baruh punya…

Okey berbalik kepada cerita rakit
tadi…Tugas pertama kuli ialah..bertanya khabar dengan niat murni
pada tuan punya pokok pisang..iaitu Pok Mat hensem kita (up sket
kalau dia baca) sebab dia telah menceriakan hidup kami masa zaman
kanak-kanak dulu..Kalau ade pokok pisang yang tumbang akibat
ribut.maka geng kuli lah yang menanda bagi pihak webmaster untuk
beberapa batang pokok pisang itu.Tugas moderator lak pergi mengukur
panjang dan meneliti tahap kualiti batang pisang itu.Pok Mat tidak
mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada kami kerana itu lebih
membantu dia dalam aktiviti membersihkan kebun pisangnya..Dan semua
telah mengambil tugas masing masing.maka kalam bagi pihak webmaster
akan menyediakan beberapa plan lakar struktur rakit tersebut..Okey
dah set petang itu semua kelengkapan dan peralatan sudah disediakan
maka aktiviti membina akan dimulakan esok pagi..

Sebelum tidur tuh..kalam terpaksa
memikirkan plan alternative lain gak kalau ade geng lain ingin
bersatu ingin join geng kitaorang..”” ahh rasa tak kut””
tahun lepas diaorang dah kalah dah dalam pertandingan seni kreatif
membina rakit nie..dah ler tak ade perancangan awal.yang paling sakit
hati tuh sempat lagi rasuah kuli kitaorang join geng dia…sebab tu
kalau bab kuli nie kalam kena pilih yang mantap iman dan tidak penah
ada kes rasuah semenjak dia dilahirkan lagi..

Andaiku tahu

July 1, 2009
Andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata...

Continue reading...
 
Test Baru..

June 29, 2009

Abe Lah..

Abe Lah buat ape tu?? “Nie..yuk (beruk) tak nak naiek nyiur(kelapa) nie”..(jawab Lah sambil memegang sabut kelapa yang diikat dengan tali rafia..Tidak jauh dari itu kelihatan Pak Ngah Awang sedang mengopek kelapa.Dari mane Pie?? Tegur Pak Ngah..”Macam biasa Pak Ngah..bendang Tok Lukut dah kering..nie time ikan sekilau buat buih nie”.. Aku terus berjalan kearah Pak Ngah..sambil memungut beberapa biji kelapa yang bertaburan di sana sini.”Tak sekolah ke”?sambung Pak Nga...

About Me

Kalam Nothing special about me..

Blog Archive

Make a Free Website with Yola.